Selamat Datang padamu Teman...

Wednesday, July 27, 2011

..:: KISAH RASULULLAH DGN BUAH LIMAU ::..


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terimakasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan: "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinyaakan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

PERSIAPAN SAMBUT KEDATANGAN RAMADAN

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah:

Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.

Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.

Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.

Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan.

Penulis asal: Prof Madya Maznah Daud
Sumber: Internet

RAMADAN AL-MUBARAK: PAHALA PUASA LEBIH SEMPURNA JIKA TIDAK ABAI AMAL KEBAJIKAN

RAMADAN Al-Mubarak penuh dengan keberkatan, keampunan dan ganjaran syurga yang dijanjikan untuk orang bertakwa.

Syukur kerana pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba yang beriman.

Pada bulan ini, sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan, menambahkan amal ibadat dan memberikan infaq kepada anak yatim serta golongan memerlukan.

Namun, masih ada antara kita kurang peka atau sedikit jahil terhadap amalan dan tindakan yang merugikan amal puasa kita.

Antara perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah:

# Berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan saja.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga di kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak melakukan solat.

# Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Kaum lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.

Ada juga wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syar’i (haid dan nifas) pula tidak menghormati bulan Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

# Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD) sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

# Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tetapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda. Ada di antara kita hanya berniaga sambilan ketika puasa.

Berniaga tidak salah tetapi berniaga sambilan khusus di bulan puasa saja membina perspektif yang lain dan ia memberi kesan terhadap fokus kita pada ibadat puasa.

Kualiti amal kita akan berkurangan kerana tambahan beban tetapi jika kita berjaya bermujahadah dan mengimbangkan antara dwikerjaya tadi dan ibadat, itulah yang terbaik.

# Ramadan adalah bulan ujian terhadap kesabaran dan keampuhan jiwa. Apabila perut kosong, tekak dahaga dan badan letih kerana puasa, perasaan kita mudah tersentuh dan emosi kita mudah terusik.

Tahap keampuhan kita sangat minimum. Ada antara kita cepat naik darah dan mudah marah. Apabila kita berjaya mengawal kemarahan dan banyak bersabar, kita mendapat ganjaran pahala kerana ’sabar’ yang berganda. Jika sebaliknya kita hanya akan dapat lapar, letih , dahaga dan permusuhan sesama insan.

# Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semuanya dirasakan hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.

# Tidak mengeluarkan zakat fitrah bukan kerana tidak mampu tetapi kurang pendedahan terhadap betapa pentingnya zakat dan kewajipan membayar zakat. Ada yang tidak tahu di mana hendak membayar zakat fitrah, walhal setiap surau, masjid malah di kompleks beli-belah ada menyediakan kaunter pembayaran zakat. Mungkin kerana nilainya terlalu sedikit kita mengambil ringan mengenainya.

# Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengakibatkan gangguan kepada jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

# Hanya puasa makan dan minum saja tetapi tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

# Tidak mahu bersahur boleh mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi)

Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa dan menjadikan puasa kita di Ramadan kali ini lebih baik dari tahun tahun lalu.

Penulis Asal: Endok Sempo M Tahir
Sumber: Internet

Monday, July 25, 2011

AL-QURAN DAN RAHASIA ANGKA-ANGKA: 7 LANGIT

Salah satu karunia yang dianugerahkan kepadaku oleh Allah SWT dan yang diajarkan-Nya kepadaku adalah bahwa kata "sab'u" berkaitan dengan kata "samawat", sebelumnya atau sesudahnya. Kata tersebut dalam AI-Quran disebutkan sebanyak 7 kali. Begitu juga hari dalam seminggu berjumlah 7 hari, dan langit pun berjumlah 7. Berikut ini adalah ayat-ayat mengenainya:

..... Dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit ..... (Al-Baqarah: 29)

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah ..... (Al-Isra: 44)

Katakanlah: "Siapakah yang memiliki tujuh langit dan 'arasy yang besar" (Al-Mu'minun: 84)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya ..... (Fushshilat: 12)

Allah-lah Yang menciptakan tujuh langit dan reperti itu pula bumi ..... (AI-Thalaq: 12)

Yang telah menjadikan tujuh langit berlapis-lapias. (AI-Mulk: 3)

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? (Nuh: 15)

(Sumber: Koleksi e-book: www.pakdenono.com)

PERLUKAH PERIGI MENCARI TIMBA?


SEBAGAI perempuan, saya memang mahu bercinta dan dicintai seperti orang lain. Tapi saya amat pemalu untuk berterus terang, apa lagi meluahkan lafaz cinta kepada pemuda kerana dikhuatiri tidak berbalas. Saya tidak mahu ‘perigi mencari timba’.

Untuk pengetahuan Kak Sri, saya seorang guru berusia 31 tahun, tapi masih kelihatan muda. Wajah saya tidaklah terlalu cantik dan tidak pula terlalu hodoh. Kini saya rasakan waktunya sudah semakin terdesak untuk saya memasuki alam rumah tangga. Tambahan pula ibu saya sering bertanyakan bila saya mahu naik pelamin. Masalah saya sekarang ialah saya tidak mempunyai teman. Bagi saya waktu untuk bercinta sudah berlalu dan seboleh-bolehnya saya ingin terus berkahwin bagi mengelak sindiran orang lain.

Ramai teman yang sebaya saya sudah pun berkeluarga dan ini menambahkan kesepian hidup saya. Alhamdulillah, setakat ini saya masih bersabar dan mengharapkan jodoh yang baik daripada Allah. Sebagai guru saya cuma dapat bermesra dan bergembira dengan murid-murid saja. Tetapi apabila saya berhadapan dengan ahli keluarga, mereka kerap kali menyuruh saya berumah tangga.
Wajarkah saya mencari, merisik dan meminang seorang lelaki? Memang tidak wajar saya melakukannya apatah lagi saya seorang gadis pemalu dan bertudung litup. Baru-baru ini saya dilamar seorang pemuda tetapi malangnya dia membatalkan hasratnya apabila mengetahui usia saya enam tahun lebih tua daripadanya. Apa yang harus saya lakukan Kak Sri untuk mengubat kerunsingan hati ini. Adakah saya perlu berdiam diri (tanpa usaha) hingga ada orang melamar saya sekali lagi?
Mas Adilah,
Kuala Terengganu
~~~~
JODOH pertemuan Tuhan tentukan. Setiap orang ada pasangannya masing-masing. Ada yang mendapat jodoh ketika berusia awal 20-an, dan tidak kurang juga yang sudah berusia 40-an baru berpeluang bergelar isteri.

Namun usah berasa tertekan untuk berkahwin hanya semata-mata kerana desakan keluarga atau kerana melihatkan teman-teman sudah berumah tangga. Membina rumah tangga perlukan banyak perhatian dan perhitungan dan tidak boleh tangkap muat saja.
Pernikahan itu satu amanah dan perkahwinan itu kewajipan. Hidup sebagai isteri tidak sama dengan hidup ketika sendirian.

Ada perkahwinan membawa bahagia, tidak kurang pula menjadi di sebaliknya. Ada perkahwinan berdasarkan suka sama suka atau diatur keluarga. Memang tidak mustahil bagi seorang wanita melamar lelaki. Tetapi lamarannya itu biarlah dilakukan dengan bersopan supaya tidak pula dikata orang perigi mencari timba.

Lamaran begini memerlukan jasa baik ahli keluarga dan biasanya melalui saudara mara yang lebih tua dan dilakukan secara tidak langsung namun bersopan dan teratur.
Bantuan orang tengah yang dipercayai diperlukan untuk mencari jodoh yang salih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang lelaki yang menjadi calon suami.
Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya sebagai seorang yang salih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis itu. Saudari disarankan memperbanyakkan membaca Surah Yusuf.

Dalam zaman serba mencabar ini ramai wanita sebaya saudari masih belum berumah tangga. Namun begitu usahlah terburu-buru untuk mengejar dan mendapatkan sesuatu yang belum diberi restu.
Usahlah risau dan runsing. Allah lebih mengetahui kerana Dia yang mencipta segala-galanya. Jika sudah tiba jodoh pertemuan, saudari akan berkahwin juga. Ada orang cepat jodohnya dan tidak kurang pula yang lambat. Sementara itu banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah semoga dipercepatkan pertemuan jodoh anda itu.

Dalam pada itu, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh) memang digalakkan. Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang sesuai. Tindakan ini adalah lebih baik daripada mencari sendiri demi mengelakkan fitnah dan maksiat.

Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman, boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang soleh daripada Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; “Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri (atau suami) serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa.”
~ Sri Siantan

Sumber : Internet

ISTERI MENGANDUNG DIPERIKSA OLEH DOKTOR LELAKI


Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Daripada,
Keluarga Muslim K. L.
________________________________________
Jawapan & Penjelasan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Syariat & Darurat
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Pemeriksaan Bulanan
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Aspek Psikologi
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.


Menggerakkan Nafsu Syahwat
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Keretakan Rumahtangga
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.

(Sumber: internet)

Sunday, July 24, 2011

..:: 25 PESANAN LUQMANUL HAKIM ::..

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

15 ALASAN MERINDUI RAMADHAN



Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus." Sesungguhnya, ada apanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelar taqwa - Taqwa adalah gelar tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelar yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelar taqwa, ia dijamin hidupnya di surga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah sarana untuk mendapatkan gelar taqwa itu. "Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (QS al-Baqarah: 183). Kemudahan-kemudahan yang iberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah. Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, istri, saudara, orang tua, kantor dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan berbagai persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, karena Dialah pemilik kehidupan ini.
"..Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." (QS. Ath Thalaaq: 2) "..Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (QS. Ath Thalaaq: 4)

b. Dicukupi kebutuhannya "Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya... ."(QS. Ath Thalaaq: 3)

c. Ketenangan jiwa, tidak khawatir dan sedih hati Bagaimana bisa bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

"Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-KU, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. al-A'raaf: 35)

2. Bulan pengampunan - Tidak ada manusia tanpa dosa, sebaik apapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertobat dan bernjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Karena dosa manusia itu setumpuk, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadis menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena keimanannya dan karena mengharap ridha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."

3. Pahalanya dilipatgandakan - Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada siapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, "Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipad gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya." (HR. Bukhari Muslim). Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakana amalan wajib (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah). Maka perbanyaklah amal dan ibadah, mumpung Allah menggelar obral pahala.

4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup - "Kalau datang bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan setan-setan terbelenggu."(HR Muslim) Kenapa pintu syurga terbuka? Karena sedikit saja amal perbuatan yang dilakukan, bisa menghantar seseorang ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan obral. Orang yang tidak membeli akan merugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Obral ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadhan. Dengan demikian otomatis pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan buat setan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa - Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah lewat hadis qudsinya, "Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya karena ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya karena Aku." (HR Bukhari Muslim) Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir kondang dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam arti untuk meneladani sifat-sifat Allah. Itulah subtansi puasa. Misalnya, dalam bidang jasmani, kita tahu Tuhan tidak beristri. Jadi ketika berpuasa dia tidak boleh melakukan hubungan seks. Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu diteladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar meneladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekedar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita teladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar bisa lewat membaca al-Qur'an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah swt setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa meneladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan meneladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.

6. Dicintai Allah - Nah, sesesorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada-Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadis Qudsi, "Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya." (HR Bukhari)

7. Do'a dikabulkan - "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, katakanlah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdo'a apabila dia berdo'a, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku." (QS. al-Baqarah: 186) Memperhatikan redaksi kalimat ayat di atas, berarti ada orang berdo'a tapi sebenarnya tidak berdo'a. Yaitu do'anya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? "maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku."

Benar, berdo'a pada Ramadhan punya tempat khusus, seperti dikatakan Nabi saw, "Tiga do'a yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan do'anya orang teraniaya. Allah mengangkat do'anya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. 'Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang." (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Namun harus diingat bahwa segala makanan yang kita makan, kecucian pakaian, kesucian tempat, itu punya hubungan yang erat dengan pengabulan do'a. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah kumuh pakaiannya, kusut rambutnya berdo'a kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang kumuh itu bisa mengantarkan do'anya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya terambil dari barang yang haram, bagaimana bisa dikabulkan doa'nya?

Jadi do'a itu berkaitan erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadhan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan do'a.

8. Turunnya Lailatul Qodar - Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Saking mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan (QS. al-Qadr). Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal al-Qur'an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah dijatuhkan pada malam itu. Beberapa hadits shahih meriwayatkan malam laulatul qodar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, "Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluhb terakhir, malam keduapuluh satu atau duapuluh tiga atau duapuluh lima atau duapuluh tujuh atau duapuluh sembilan atau akhir malam Ramadhan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (shalat malam) pada malam tersebut karena mengharap ridha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang."

Mengapa ditaruh diakhir Ramadhan, bukan pada awal Ramadhan? Rupanya karena dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qodar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur'an menyatakan, "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat JIbril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. (QS al-Qadr: 4-5)

Malaikat bersifat gaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, "Kalau Anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati Anda akan tercetus suatu bisikan, 'Ambil barang itu!' Ada bisikan lain berkata, 'Jangan ambil, itu bukan milikmu!' Bisikan pertama adalah bisikan setan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat." Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qodar.

9. Meningkatkan kesihatan - Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat istirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan kurang lebih delapan jam. Empat jam diproses di dalam lambung dan empat jam di usus kecil (ileum). Jika malam sahur dilakukan pada pukul 04.00 pagi, bererti pukul 12 siang alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 siang sampai waktu berbuka, kurang lebih selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirahat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara otomatis akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel kanser. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan pemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria dan sel-sel kanser tidak akan bisa bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan ampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam lambung, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologi organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

10. Penuh harapan - Saat berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harap. Harapan itu kian besar menjelang sore. Sehari penuh menahan lapar dan minum, lalu datang waktu buka, wah... rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya' Allah, menjadikan hidup lebih bermakna. "Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya." (HR. Bukhari).

11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan - "Sesungguhnya di surga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilewati oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melewatinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup." (HR. Bukhari)

Minum air telaganya Rasulullah saw : "Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi ampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain. Mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa' Beliau berkata, 'Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau sesisip susu... Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga di mana ia tidak akan haus hingga masuk syurga." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

12. Berkumpul dengan sanak keluarga - Pada tanggal 1 Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Idhul Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama bulan Ramadhan. Di Indonesia punya tradisi khusus untuk merayakan hari bahagia itu yang disebut Lebaran. Saat itu orang ramai melakukan silaturahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh datang berkumpul. Orang-orang yang bekerja di kota-kota pulang untuk merayakan lebaran di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari Raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berjubel-jubel naik kenderaan mudik ke kampung halaman. Silaturahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam bisa berlangsung kapan saja. Tidak mesti pada Hari Raya. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justru itu momentum bagus. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain. Padahal silaturahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadis, "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahmi!" (HR. Bukhari)

13. Qaulan tsaqiilaa - Pada malam Ramadhan ditekankan (disunatkan) untuk melakukan solat malam dan tadarus al-Quran. Waktu paling baik menunaikan shalat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir (QS Al Muzzammil: 3). Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah shalat isya' dengan berjamaah di masjid. Shalat ini populer disebut shalat tarawih. Shalat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula usai shalat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur'an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, karena al-Qur'an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengaruniai qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan-perkataan yang berbobot dan berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan shalat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

14. Hartanya tersucikan - Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, yaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2,5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2,5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya. Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barakah dan menghindarkan pemiliknya dari siksa api neraka. Harta yang barakah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barakah akan mengundang kekhawatiran dan ketidaksejahteraan.

..:: LIDAH BUAYA PENAWAR SEGALA PENYAKIT ::..


DULU orang sebut lidah buaya. Ada penghuni terutama perempuan berminat menanamnya di dalam pasu atau di penjuru halaman rumah. Ini kerana tanaman tidak berbatang itu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan rambut, kulit dan penawar luka.

Kini, lidah buaya lebih dikenali sebagai aloe vera. Ada lebih 250 spesies tumbuhan aloe vera tetapi Aloe Barbadensis Miller lebih dikenali sebagai 'tumbuhan ajaib' kerana kemujaraban sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.
Pokok lidah buaya adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, berwarna hijau, dipenuhi bintik bulat dan tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman.
Keindahannya dapat dilihat pada tangkai bunganya yang boleh mencapai ketinggian satu meter yang muncul dengan segugus bunga yang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang meluntur ke bawah.
Berdasarkan kajian sejarah, tumbuhan pelbagai guna ini berasal dari Afrika. Orang Sepanyol pula membawanya dalam perjalanan pengembaraan mereka untuk mengubati pesakit, manakala di Russia, ia digunakan bagi merawat kesan melecur. Di Greek pula, aloe vera digunakan sebagai penawar luka dan mengelak penyakit berjangkit.
Aloe vera terdiri daripada tiga komposisi iaitu glukos (monomeric sugar constituents), asid malik serta polisakarida dan monosakarida. Selain itu, terdapat lebih 200 komponen aktif seperti vitamin, mineral, enzim pada asid amino yang diperlukan dan protein.
Tumbuhan itu dapat membantu kesuburan dan keperluan tubuh badan khusus untuk mencegah penyakit seperti ulser perut, diabetes dan senggugut ketika kedatangan haid pada wanita.
Di samping itu, ia mempunyai formula semula jadi yang berkesan sebagai anti penuaan, anti ulser, anti jangkitan dan anti terhadap diabetes selama-lamanya untuk manusia.
Produk aloe vera yang biasa didapati di pasaran berbentuk cecair dan jarang sekali dikhususkan untuk pemakanan kerana lebih tertumpu untuk kegunaan luaran.
Apa yang pasti, herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan, seperti tambahan diet, perisa dan pewangi selain kosmetik.
Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.
Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.
Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan yang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.

DERMA DARAH ~ TUBUH RASA SEGAR


JIKA pernah terlintas dalam fikiran anda ingin menyertai kempen derma darah untuk mengetahui status kesihatan diri, padamkan niat anda. Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan dan tidak boleh dijadikan serampang dua mata demi kepentingan diri. Untuk menjadi penderma darah, perkara pertama ialah memastikan anda benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.

Jika memenuhi syarat layak menjadi penderma darah, tiada sebab untuk berlengah kerana darah anda akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menyambung nyawa orang lain. Kalau ada menyatakan menderma darah boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk, usah percaya kerana menurut Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr Umi Kalsom Md Ariffin, sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong dakwaan itu. Sebaliknya, menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa. Usah takut kita akan mengalami masalah kekurangan darah selepas menderma kerana perkara ini tidak terjadi. Secara semula jadi, badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Apabila kita menderma darah, proses sama berlaku. Badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen. Penderma hanya dibenarkan menderma darah pada jarak masa tiga bulan sekali. Ini sebabnya ramai penderma berasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah. Malah, rata-rata penderma berasa tenang kerana tahu darah mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru. Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung. “Bagaimanapun, masih ada yang takut untuk menderma, terutama wanita, apabila mendengar dakwaan sesetengah pihak bahawa menderma darah boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sehingga kini tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan itu, jadi tidak perlu takut untuk menderma jika cukup sihat. “Ramai orang ingat jika ada penyakit mereka tidak boleh menderma darah, tetapi tanggapan ini kurang tepat kerana hanya dalam keadaan tertentu seseorang itu dilarang menjadi penderma,” katanya ketika kempen derma darah kedua anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Berapa banyak darah yang diambil? Dr Umi berkata, jumlah darah yang boleh diambil daripada seseorang penderma ialah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah isipadu darah jangkaan. Contohnya jika seseorang individu itu mempunyai berat badan 70 kilogram, jumlah isi padu darahnya dianggarkan sebanyak lima liter. Jadi jumlah darah yang diambil antara 350 hingga 450 mililiter saja. Ini sebabnya individu yang mempunyai berat badan kurang daripada 45 kilogram tidak dibenarkan menjadi penderma kerana jumlah darah dimilikinya hanya cukup untuk keperluan diri.

Proses derma darah adalah selamat. Sebelum menderma, penderma perlu mengisi borang soal selidik untuk mengetahui status kesihatan mereka, diikuti pengambilan tekanan darah (bagi memastikan tekanan darah adalah normal) dan ujian pengenalan jenis darah. Contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling secara peribadi bagi memastikan anda penderma berisiko rendah. Selepas menderma darah, penderma diberi pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

“Jangan derma darah jika anda tidak memenuhi syarat menjadi penderma darah, contohnya jika kurang tidur, kerana ia boleh memberi kesan kepada diri. Jika anda demam atau mengambil ubat tertentu seperti antibiotik, jangan menderma darah kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada penerima,” katanya.
Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX — yang semuanya ada kegunaan tersendiri. Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia). Manakala plasma penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah. Plasma darah ini juga diproses untuk dijadikan ‘ubat’ bagi merawat penyakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Individu yang menghidap penyakit juga sebenarnya boleh menderma. Jika tidak pasti mengenai keadaan anda, berbincang dulu dengan doktor. Luangkan masa untuk mengunjungi kempen derma darah kerana di sana ada doktor yang boleh memberi nasihat dan mengenal pasti kedudukan anda.

Dilarang derma
> Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan    hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
> Pernah mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
> Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
> Pernah mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).
> Pernah mengadakan hubungan seks dengan dua-dua jantina (biseksual).
> Pernah mengambil dadah secara suntikan.
Boleh derma
> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
Dilarang derma sementara waktu
> Demam (apabila sakit atau demam, darah kita mengandungi banyak sel darah putih — yang boleh memberi kesan kepada penerima).
> Berat badan kurang 45 kilogram.
> Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas dos terakhir).
> Tidur kurang lima jam.
> Minum minuman beralkohol kurang dari 24 jam.
> Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
> Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
> Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
> Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

SUMBER: harian metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

FUNGSI OTAK KIRI

Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.
Antaranya seperti:
• Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
• Menyimpan data dan fakta
• Menganalisis
• Memahami logik, bahasa dan matematik
Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.
Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.

FUNGSI OTAK KANAN

Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
• Imaginasi
• Berfikir secara kreatif
• Irama
• Khayalan
• Emosi
• Ilham
• Intuisi (gerak hati)
• Warna
• Muzik
• Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.
Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.

7 CIRI POSITIF ORANG YANG BERJAYA

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin - apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!
Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.
Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.
Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.
Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".
Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat".
Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan marah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.
Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri - berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar - sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang bersikap positif tidak mengetepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?
Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud "Don't overstay." "Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan."

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut." Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.