Selamat Datang padamu Teman...

Sunday, November 20, 2011

10 PETUA HADAPI PERIKSAAN

REMAJA terutama pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti berdebar-debar menunggu tarikh penentu.

Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.

1. Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

6. Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Sumber: Internet

15 RAHSIA SENYUM & TAWA

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan menganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaan sedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi keng kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

..:: 10 SIFAT PERIBADI YANG DISUKAI ::..

1. KETULUSAN
Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dipermainkan atau ditipu. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura mencari alasan atau memutarbelitkan fakta. Prinsipnya Ya di atas Ya dan Tidak di atas Tidak. Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut itu diimbangi dengan kecerdikan. Dengan begitu ketulusan tidak menjadi sesuatu yang dapat merugikan diri sendiri.

2. RENDAH HATI
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendahan hatijusteru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang dapat bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati dapat mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.

3. KESETIAAN
Kesetiaan sangat tinggi harganya. Orang yang setia akan selalu dipercayai. Dia selalu menepati janjinya mempunyai komitmen yang kuat rela berkorban dan tidak suka berkhianat.
4. POSITIVE THINKING
Orang yang bersikap positif selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif sekalipun dalam situasi yang buruk. Dia lebihsuka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih sukabicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari solusi daripada frustasi, lebih suka memuji daripada mengecam dan menghina.

5. CERIA
Kerana tidak semua orang selalu ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan dan dilihat pada wajah atau tubuh, tapi sikap dalam hati. Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

6. BERTANGGUNG JAWAB
Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan merasa kecewa dan sakithati, bahkan dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

7. PERCAYA DIRI
Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

8. BERJIWA BESAR
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetaptabah, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan yang berpanjangan.

9. EASY GOING
Orang yang Easy Going menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil, bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak takut dengan masa depan. Dia tidak ingin memikirkan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

10. SIMPATI
Simpati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang bersimpati bukan saja pendengar yang baik, tapi juga boleh menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik, dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak tidak suka memaksakan pendapatdan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.