Selamat Datang padamu Teman...

Tuesday, September 13, 2011

TIPS MENGEKALKAN KESIHATAN MULUT

BAGI wanita yang peka dengan penampilan dan kebersihan diri kuntuman senyum itu perlu diserikan dengan barisan gigi yang putih dan tersusun. Justeru, kesihatan mulut hendaklah diutamakan bagi memastikan bakteria tidak bermaharajalela sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Berikut adalah tip yang boleh diamalkan untuk mengekal kesihatan mulut.
Kawal pemakanan.
·  Elakkan mengambil makanan dan minuman manis contohnya coklat.
·  Makanan dan minuman manis ini penyumbang utama kerosakan gigi
·  Jika menikmati hidangan manis segera bersihkan mulut dengan berkumur
Berhenti merokok.
·  Rokok akan menyebabkan gusi menjadi tidak sihat dan melambatkan proses pemulihan luka jika gusi berdarah
·  Kandungan tar dalam asap rokok akan menjadikan gigi berwarna kuning dan berkarat
·  Bibir perokok juga lebam dan kusam
Kawal penggunaan gigi
·  Gunakan gigi sebagai alat mencerna makanan sahaja.
·  Elak menggunakan gigi sebagai alat untuk membuka plastik makanan atau botol minuman
·  Perbuatan ini menambah risiko gigi mudah goyang dan rapuh
Berus gigi sebelum tidur
·  Ketika tidur bakteria di dalam mulut mula membiak
·  Apabila individu tidur tanpa menggosok gigi, bakteria akan membiak lebih pantas dua kali ganda sekali gus mempercepatkan proses kerosakan gigi
Guna air berflourida
·  Gunakan air berflourida yang sangat baik untuk mencegah masalah karies gigi.
·  Air berflorida dapat menyingkir karies gigi yang melekat pada bahagian yang tidak dapat digosok dengan berus gigi 

0 comments:

Post a Comment